Isu ramai tidak dapat desa, semua orang jadi tidak keruan. Makan- lapar balik, minum- haus lagi, tidur- ngantuk pulak, mandi- tak wangi sangat (mandi kerbau kot), study- lagi lar… mana leh study bro… Asyik teringat sal apa lar nasib badan kalau tak dapat desa.
Jadi, MPPUSM segera mencekup masalah ini untuk diselesaikan. Beberapa meeting diadakan bersama pegawai pengurusan pihak U.
Walaupun pada ketika itu, minggu peperiksaan...
MPP cuba membantu sedaya upaya pelajar-pelajar dgn menyelesaikan masalah yang membelenggu dan semakin menjerut pelajar sehingga ada pelajar yang menggeluarkan kenyataan akan buat khemah di depan masjid kalau tidak dapat penempatan luar.
Jadi.. Suatu mesyuarat diadakan di antara MPP dan MPD, pelbagai sebab musabab dan cara membantu pelajar yang tidak dapat desa ini dibahaskan. Suatu kesimpulan telah dicapai iaitu :
Terdapat 3 kategori pelajar yang tidak dapat desa ni :
1. aktif- tidak memohon
2. tidak aktif- tidak layak
3. aktif tetapi tidak dapat desa
Pada awal sidang lagi, dah diberitahu unit desa tu penting. Penggawa asyik ingatkan jek. MPD pun dah tampal banyak notis. Tetapi pelajar yang tidak aktif ni buat tidak kisah pula.
Sebenarnya, tujuan asal elfa buat artikel ni bukan nak mengulas lanjut permasalahan yang mengulit pelajar. TETAPI, sebenarnya elfa tidak tahan dengar desas-desus yang kini sampai ke telinga elfa.
Situasi :
Sebelum isu ni menyerang:-
A : Sidang ni nak aktif lar sikit, join persatuan ***. Jadi, MT. Dah, cukup lar... aktif lar tuh.
Serangan berlaku!!! :-
A tidak dapat desa
A : Peliknya.. kenapa tidak desa lak? Aku kan aktif. Alamak, rupanya aku lupa nak memohon lar. Apa daaaa... lupa pulak. Tetapi kenapa ada kawan aku yang aktif, tak dapat desa pulak. U ni tak adil lar, ada yang tak aktif dapat pulak desa.
Penjelasan pegawai : Sesiapa yg dapat desa, semuanya cukup syarat iaitu melebihi ** unit. Jadi, sesiapa yg kata dia tak aktif tapi dapat desa, mari jumpa saya. Terdapat juga pengecualian iaitu kepada org kelainan upaya(OKU).
~MPP & MPD berkerjasama membantu pelajar tak desa ni dengan membuka kaunter MPP+MPD di setiap kafe desa.
~Lebih kurang 2,500 ribu borang desa yang telah diedarkan pada hari tersebut.
A berkata kpd B : Aku lupa nak bgtau, aku lupa mohon desa hari tu. Tolong tuliskan kat borang tu eh psl aku lpe mohon. Dah sampai bilik ar.
C (bila dengar MPP nak bukak kaunter) : Ha, baguslah korg bukak kaunter. Biar nampak sikit MPP buat apa.
Mesyuarat pihak pengurusan U bersama wakil pelajar (MPP)~~ J
Pengumuman mengenai keputusan rayuan ditunda....
D : Kenapa keputusan ditunda?! Ini ke Universiti Apex... Patutnya, dengan taraf U sekarang, masalah lambat camni tak berlaku.
Keputusan keluar!!!!
Seperti yg kami jangka, USM sangat sayangkan pelajarnya dengan memberikan desa kepada semua orang yang membuat rayuan. Alhamdulillah~~~
A : Alar, taktik betul lar. Iye2 jek. Last2, semua orang dapat desa. Saje jek nak buat orang takut n buat orang tak leh studey jek. Ceh!
......pelik seyh....
~~inilah ragam manusia~~