Followers

Friday, October 8, 2010

Cinta tak kesampaian


dahulu aku belajar apa itu sayang apa itu kasih
dari kedua orang tuaku
dan aku belajar juga untuk mengasihi dan menyayangi mereka


tapi aku tidak masih dapat belajar apa itu cinta
sudah ramai orang ku tanya
sudah banyak benda mereka perkata
tapi diri ini tetap merasa tidak mengerti


ibu berkata, sekarang bukan waktuku untuk tahu semua ini
ayah berbicara, mahu aku belajar demi masa depanku
kawanku berbahasa, sabar nanti kau pasti merasa
musuhku berkias, cerminkan dulu diri engkau itu


aku pun terus terpana
rupanya jawapan itu ada di tangan sang teruna 
bukan sembarang teruna
cuma teruna yang satu itu sahaja


kini dia hadir
hadir bukan sekadar teman
tetapi sebagai teman hatiku jua
temanku bergelak tawa dan aku berduka untuknya


kata hati sudah bersilang
kata cinta belum jua tersulam di bibir
namun demi kecintaan kami terus bersama
atas nama sahabat yang diperjuang


padahal hati sudah bersangkut
namun tiada ikatan kata yang terjalin
aku si gadis polos hanya menahan gelora hati
dia si teruna pula tidak sabar menunggu


akhirnya kini penyesalan berlaku
kerna aku si gadis masih belum memberitahu kata hatiku
walau bulan berganti bulan, tahun berganti tahun
namun hatiku masih pada dia si teruna


tetapi semua sudah terlambat
dia si teruna telah membina mahligai angannya 
dan mempertahan kubu kecintaannya 
bersama pilihan barunya


tinggallah aku si gadis dengan kenangan
yang hanya tinggal kenangan
kenangan yang hanya aku seorang yang kenang
kenangan yang terpaksa jua ku lupa


kelakuanku mendesak teman-teman bersuara,
kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum
lupakan dia yang tidak hendak dan
jika benar kau menyintainya kau perlu melepaskannya yang bahagia di sisi yang baru




p/s : Amacam puisi elfa nih.. Hehe.. Sekarang mencuba untuk menulis cerita-cerita cinta yang pendek berdasarkan puisi di atas. Wish me luck~

6 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

perghh..

bleh tahan~

jiwa-jiwa juga ye?

hehe

naz said...

nicee :) anyway manusia sering tewas itu sejarah percintaan

ello said...

GKSB - hehe.. siapa yg dah pnah kena penangan cinta takkan terlepas dari jangkitan virus jiwa-jiwa nih

naz - thanx~ walaupun elfa bosan nak ungkap phrase ini sebab malas menunggu tapi nak gtaw naz gak ar..

'tuhan menemukan kita dgn yg slh kerana Dia mahu kita menghargai bila kita dah berjumpa dgn yg betul'

Cik Fadz said...

chewahh.love is cinta..cinta is love..let's find it or just leave it..=)

Cik Fadz said...

chewahh..love is cinta..cinta is love..let's find it or just leave it..detik itu akan tiba tanpa disedari..=)

ello said...

cik fadz - iye.. kte kna mnunggu~ kdg2 kte ralat dgn memikirkn yg kte ske skg o sblm ni adalah yg 'itu'-the one. tp skg 'dia' dah b'pnya pulak.

perlu ke kejar benda yg x pasti hanya kerana sang hati menyuruh kte b'buat demikian

ralat gak kdg2~