Sudah hampir sebulan kawan-kawan saya menghabiskan pengajian mereka. Di semester terakhir itu, kami memang sudah resah gelisah memikirkan apa yang kami nak kerja nanti dengan keputusan yang ada ni, ada ke syarikat nak ambil kita kerja…dan macam-macam lagi persoalan yang kadang-kadang membuatkan kita rasa macam seorang yang tak berguna.
Apatah lagi dengan cerita senior-senior kita. Ada yang masih ‘menanam anggur’ di rumah walaupun telah menamatkan pengajian SETAHUN yang lalu. Seram! Untuk seorang perempuan atau berada dalam keluarga yang agak berduit, mungkin ibu bapa mereka tidak membenarkan mereka bekerja sambilan atau dalam kata kasarnya buat ‘kerja-kerja budak lepasan SPM’. Malah mereka menegaskan lebih baik duduk rumah. Saya tahu ada sebab-musabab mereka buat macam tu. Tapi sejauh mana logiknya kebenaran itu hanya kamu yang tahu.
Akan tetapi semuanya terasa seperti nasi sudah menjadi bubur apabila kita betul-betul sedar semua ini di semester yang terakhir bahawa :-
*betapa rendahnya PNGK kita kalau kita grad nanti
*tak dapat PNGK 3.0 dan ke atas, tak ada syarikat yang kita idamkanakan ambil kita kerja sebab mereka dah reject awal-awal tanpa nak temuduga kita pun
*betapa rendahnya PNGK kita kalau kita grad nanti
*tak dapat PNGK 3.0 dan ke atas, tak ada syarikat yang kita idamkanakan ambil kita kerja sebab mereka dah reject awal-awal tanpa nak temuduga kita pun
Nak ubah semua ni? Sempat ke? (mana adik-adik yang buat-buat tak sedar, sedarlah! Sempat-sempatkan.)
Apa yang kita boleh buat sekarang, mungkin naikkan sikit nilai PNGK kita dengan buat KSCP (kursus singkat semasa cuti panjang). Setuju?!
Kita akan rasa PANAS bila kita tahu ada fakulti di universiti lain yang selalu menjemput/ membuka peluang syarikat-syarikat untuk membuat temuduga di FAKULTI MEREKA iaitu sebulan dua sebelum peperiksaan akhir tahun. Manakala fakulti kita buat PENGUMUMAN ada temuduga pada hari terakhir peperiksaan dan pada waktu kita ada pelan pada minggu tersebut dan ada juga kawan kita yang dah pun ada di JOHOR, rumah mereka. Bukan nak salahkan sesiapa tapi ambil ini sebagai satu cadangan untuk masa akan datang.
Perancangan itu sangat penting. Tapi sebelum kita nak merancang, kita kena tahu apa kita nak, apa yang kita dah pasrah…
GOAL KITA DAPAT KERJA TETAP SEBELUM GRAD!
Langkah-langkah yang mungkin membantu :
-
Cari kerja di jobsmalaysia.gov.my / apa-apa yang sama waktu dengannya. -
Jangan lupa sentiasa perkemaskan resume anda. Jangan biarkan resume anda membosankan dan biasa. Kita kena jadi lain dari yang lain. Dengan cara membandingkan resume-resume kawan-kawan anda juga dapat membantu. -
Kepada sesiapa yang minta berniaga dan pandai mencari/ membuat jalan-jalan untuk cari duit. Anda memang gifted! Anda boleh berniaga di masa lapang. -
Berbalik kepada langkah 3, walaupun anda rasa sudah selesa dengan kerja tu- gaji boleh tahan, duduk dalam air-cond, suasana pun best. Eit, jangan cepat berpuas hati. Jangan lupa matlamat asal pula ya. -
Kalau tak nak kerja sementara pun takpe, anda masih boleh tambah ilmu dalam kelas bahasa Inggeris, kelas memasak, kelas memandu dan sebagainya. -
Jangan lupa ibadah juga ya! Ingatlah jika kita permudahkan urusan orang lain, maka Allah juga akan permudahkan urusan kita.
p/s: mesti ada juga yang tak puas hati dengan mengatakan ‘ada orang tak dapat 3.0 tapi senang je dia dapat kerja.’ Jawapan saya- mungkin dia ada kelebihan yang syarikat itu nampak dan dia memang bernasib baik. Tapi tak semua nasib orang sama kan?!
