Followers

Wednesday, September 29, 2010

Apakah tajuk post belog yang seterusnya?


Sebenarnya pada hari ni elfa dah bertekad dan berazam akan......

-Pergi kuliah naik bas    (FAILED)

-Study Inorganic Chemistry kat library    (FAILED)

-Pulangkan novel pinjaman    (SUCCEED - kena bayar compaun RM2, so boleh bayanglah dah berapa lama tak memulangkan kepada encik library)

-Kalau balik bilik awal, akan men'study'    (FAILED - akhirnya men'blogwalking' dan men'update'. Mood : jeles ngan mereka-mereka yang update selalu. Okeh, sebenarnya jeles dengan mereka-mereka ni ada lagi banyakkk komen dan lagi banyakkk follower)

Tuesday, September 28, 2010

Fakta : Elfa suka kuiz, test, exam...! Lemak?!!

Fakta pertama mengenai elfa (walaupun korang tak nak tau, baca-bacalah sampai abis ea.. hee.. sayang korang!) :

elfa suka benda-benda berkertas atau berelektronik yang melibatkan peperiksaan (betul ke ayat ni? taram jelah)

elfa suka kuiz, test dan exam....! yahooo

Sebab?

Monday, September 27, 2010

Teknik menjawap soalan yang bukan ditanya kepada kamu

Sebelum tu, elfa nak bagi additional information pasal harga pos laju. Sekarang dah ada pengalaman ar. Wah gitu..!

Untuk sampul surat A4 yang elfa guna tadi >>> RM5.70 (pos laju), manakala RM 4.50 (pos ekspress). Beza tapi kita pentingkan service tu.


Sekarang elfa nak bagi kamu-kamu satu situasi pula, kalau korang ada idea lain. Please feel free to share k. Sharing is caring! Hehe..

Friday, September 24, 2010

Apabila 'air' terjun bertukar menjadi 'darah' terjun


Sebelum elfa bercerita mengenai tajuk elfa yang ala-ala mengerunkan tu, elfa nak share sesuatu dengan kamu-kamu sekalian.

Al-kisah suatu hari iaitu hari ini hari Jumaat di tempat pam minyak yang dikenali sebagai Petronas..... Jeng3... (bayang-bayangkan)

Thursday, September 23, 2010

Tips menghantar surat dengan cepat


Tengok tajuk tu, mesti korang akan mengganggak antara POS LAJU atau POS EKSPRESS, kan? (tapi kalau korang tak mengganggak atau teranggak. nak buat macamana kan. haha)


Baik, sekarang kita buat pertandingan ar!!

Wednesday, September 22, 2010

Dia Ambil Gambar Kami !!


Pada pagi 22 Sept 2010 yang mulia ini, kesedaran (tajuk asas-asas psikologi bab 5) 'perlu-belajar' mula memuncak (harap-harap berterusan seperti terusan Suez). Nak tahu kenapa? Harap maklum ye, tak nak tahu pun elfa akan bagitahu juga no matter what! Macam diktatorlah pulak kan. Haha


Di pagi yang mulia inilah, kami (student kuliah KTT 313) dapat lecturer baru dengan style baru dan semestinya kita kenalah 'menari ikut gendang' beliau lepas ni. Memang style lar bila beliau merupakan antara lecturer yang berdedikasi di USM ni dengan suka menanya soalan-soalan kepada student-nya. Dan elfa yang "bertuah"

Tuesday, September 21, 2010

Lirik Lagu Belog Saya : BBB- Putus Nyambung


Ini mimpi anak remaja
Seindahnya mimpi para dewa
Tak pernah berhenti ceritanya
Yang biasa jadi tak biasa
 

Memangnya dunia ini punyamu
Apa memang hanya ada kamu
Banyak yang bisa menggantikan
Putus satu tumbuh seribu

Monday, September 20, 2010

Kematian 3 Berangkai


Atau boleh juga dikenali sebagai kematian bersiri (sesungguhnya nama ini dicetuskan oleh tuan empunya blog ini). Ia tidak kiralah kematian di'sabab-musabab'kan oleh pembunuhan, penyakitan atau sebagainya. Mungkin ada yang tahu atau pernah dengar tapi tidak berapa nak percaya berikutan mungkin ia berbentuk tahyul (sebab ada orang mempercayainya).

Baik! Straight to the point jek.. Menurut kepercayaan sebilangan orang tua-tua (ada orang tua yang tak tahu), apabila ada seorang manusia yang dikenalinya meninggal dunia@ mati@ died@ dead. Maka akan ada lagi 2 orang kenalan @ orang yang dikenalinya juga akan meninggal dunia@ mati@ died@ dead..! Jadi jumlah kesemuanya adalah 3!! Kematian 3 Berangkai!

Fakta Penunjuk Perasaan Indonesia- Rahsia dah terbongkar! (ke saya yang baru tahu?!)


Rasanya hal ini masih meniti di bibir warga Malaysia tatkala teringat perihal bendera jalur gemilang kita dihina, dibakar, dipijak-pijak oleh sekumpulan orang Indonesia; malah kedutaan kita di sana pun dibaling dengan najis dan lagi satu hal yang terbaru iaitu rumah seorang warga Malaysia di Indonesia juga diancam oleh mereka.

Fuih, semua ini adalah konspirasi dan korupsi! Mereka yang jadi penunjuk rasa ini sebenarnya DIUPAH.. What the~

Friday, September 3, 2010

Rahsia Bahagia Mereka^^


Mari sini kamu! Baca mengenai post ini pula. Saya mahu berkongsi sesuatu yang saya kagum mengenai pencinta-pencinta yang hingga kini Alhamdulillah masih tegar bercinta. Mereka ini bahagia dengan perencah yang mereka buat sendiri. Ini yang membuatkan saya ingin mencontohi mereka apabila saya temui cinta saya pula. Hehe.. Justeru, saya membuat kajian 'apa rahsia mereka'..?

Heroin-Wanna-Be.. The~


Saya suka tengok orang (tapi bukan secara tak senonohnya lar). Sebab saya nak dan suka mengaplikasi apa yang saya belajar sewaktu kuliah Psychology (ehem-ehem). Secara generalnya, kita ni akan :

Buat pemerhatian awal ttg sesuatu hal/ perilaku itu >> pembentukan hipotesis(jangkaan awal) mengenainya >> analisi data dan buat kesimpulan >> melaporkan penemuan >> mempertimbangkan persoalan seterusnya >> ambil tindakan di atas soalan!

Ada beberapa kes saya perhatikan di sini, yang boleh membuatkan saya kelihatan seperti heroin (bukan sejenis dadah). Akan tetapi apabila tindakan berupa nasihat atau sebagainya di ambil, ia jadi songsang.(bukan seperti 6 yang diterbalikkan jadi 9 eh) Bahkan, ia menimbulkan kepelikan bagi saya yang mahu bergelar heroin-wanna-be ini.

Wednesday, September 1, 2010

Penjara Agak Pelik

Bila baca Kosmo! hari ini (1 Sept- walaupun dah malam baru nak baca) mengenai "nelayan ditahan di penjara Indonesia perlu RM400 sebulan- siasat duit penjara, terasa seperti nak mengulas sikit.

Sedutan dari berita : Pengerusi Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (TOMBAK) , Anuar Safian berkata situasi tersebut agak pelik kerana setahunya tiada mana-mana negara yang mengenakan peraturan sedemikian.

Bagi rakyat Indonesia, ia perkara biasa dan inilah yang benar-benar terjadi di sana. Korupsi di mana-mana. Kadang-kadang terasa kasihan dengan mereka yang miskin makin melarat, dan yang berduit makin kaya. Walaupun segelintir dari mereka menghina kita dan isu "ganyang Malaysia"

~Not Everyone Happy Like U Do~